
Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!
PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT .
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.
KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hamamerosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
KEDUAPULUH DUA
Lebih baik naik vespa... (^_^)
Nasihat Untuk Diriku & Dirimu
Kerja lah..la . la . la . la...

Hari-hari kerja... x kerja x dapat duit.. xde duit macam2 x leh nk wat.. sekarang jd kuli, suatu hr nanti siapa yg tahu... apa yg nk dilakukan x kira apa biarlah IKHLAS (pesan Abah aku selalu).. nk kn suatu kerja yg bagus memang susah.. setiap pekerjaan yg di lakukn memang ada pro dan kontra nye.. ada org dpt keje yg bagus2, tetapi x bahagia.. ada yg dpt keje biase2 tp bahagia.. sendiri fikirlah.. kerja bagai nk rak, tapi hasilnya x memenuhi kehendak diri.. ada yg kerja dr pagi sampai lah malam.. tp gitu je hidupnya... Apa yg anda lakukan, berSABARlah.. sekarang memang x nampak.. tunggu lah suatu hr nanti.. dengan kekuatan yg ada, berkat kesabaran dan doa yg tidak putus (istiqamah)Tuhan akan membalasnya suatu hr nanti.. janganlah kecundang di tengah perjalanan.. kta masih jauh utk mara kehadapan.. yg belum tentu di mana penghujungnya..(di dunia ini).. setiap yang hadir ada hikmahnya.. masa lalu kita lalui, masa depan kita hadapi.. yang muda menjadi tua dan yang tua menjadi banyak... hari-hari kita belajar.. dan kita belajar dari pengalaman org lain.. apa yang penting, anda bersedia untuk belajar, mengajar dan di ajar...
Peace!
eMKay comey
(^_^)
0139am jun1709
KUALA LUMPUR
Dari jauh cari rezeki
Halal di mamah teknologi
Dari jauh datang tuntut ilmu
Jaga langkahmu sini banyak penipu
Bila lalai di awangan
Melayang tanpa graviti
Masa pun berlalu di situ
KUALA LUMPUR
Indah tak terkata
KUALA LUMPUR
Engkau kian tercemar
Biarpun kau begitu
Hanya kaulah destinasiku
Sangat sesak tranpotasi
LRT ataupun TEKSI
Murah-murah mata rambang
Penjehayah banyak peluang
Bila lalai di awangan
Melayang tanpa graviti
Masa pun berlalu di situ
KUALA LUMPUR
Indah tak terkata
KUALA LUMPUR
Engkau kian tercemar
Biarpun kau begitu
Hanya kaulah destinasiku
Label: Nukilan
Assalamualaikum...
Apa Khabar? Begitu lama menyepikan diri di dalam dunia 'Bloggers'. Kini saya kembali dengan imej baru, nama baru, kekuatan baru.. huhu.. Pengumuman untuk semua kawan-kawan dalam dunia internet, saya kini telah menukarkan alamat blog saya dari mkmmr14233.blogspot.com ke musafirdijalanan.blogspot.com. Harap anda semua 'keep in touch' dengan saya. Semoga kita semua dapat bertukar-tukar pandangan dan idea. Semoga dengan penukaran nama ini dapat memberikan saya sesuatu yang lebih baik sebelum ini. Berdoa pada Tuhan supaya diberikan kekuatan dan kesabaran menempuh segala dugaan dan ujian yang diberikan. AMIN.
Peace!
Yang Comey
eMKay (^_^)
Label: Nukilan
