KUALA LUMPUR

Dari jauh cari rezeki
Halal di mamah teknologi
Dari jauh datang tuntut ilmu
Jaga langkahmu sini banyak penipu
Bila lalai di awangan
Melayang tanpa graviti
Masa pun berlalu di situ

KUALA LUMPUR
Indah tak terkata
KUALA LUMPUR
Engkau kian tercemar
Biarpun kau begitu
Hanya kaulah destinasiku

Sangat sesak tranpotasi
LRT ataupun TEKSI
Murah-murah mata rambang
Penjehayah banyak peluang
Bila lalai di awangan
Melayang tanpa graviti
Masa pun berlalu di situ

KUALA LUMPUR
Indah tak terkata
KUALA LUMPUR
Engkau kian tercemar
Biarpun kau begitu
Hanya kaulah destinasiku

1 ulasan:

firdaus khairi 16 Jun 2009 pada 11:08 PG  

kebahgiaan taksama banyak wang
yang penting hati bahgia dgn apa yang kita buat
percayalah org yang kerja
akan mencemburui org yang banyak masa senggangnya

Catat Ulasan

Musafir Di Jalanan

Empunya laman di lahirkan pada 1April 1985 di Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Kini berada jauh di perantauan untuk mencari pengalaman dan pengajaran hidup untuk di kongsi bersama.

AnDaI PeRjUaNgAn InI...

AnDaI PeRjUaNgAn InI mUdAh, PaStI rAmAi YaNg MeNyErTaInYa...
AnDaI PeRjUaNgAn InI sInGkAt, PaStI rAmAi YaNg IsTiQaMaH...
AnDaI PeRjUaNgAn InI mEnJaNjIkAn KeSeNaNgAn DuNiA, PaStI rAmAi YaNg TeRtArIk PaDaNyA...
TaPi HaKiKaT pErJuAnGaN bUkAn BeGiTu, TuRuN nAiKnYa, SaKiT pEdIhNyA, uMpAmA kEmAnIsAn YaNg TaK tErHiNgGa...
AnDaI rEbAh, BaNgKiTlAh SeMuLa...
AnDaI tErLuKa, InGaTlAh JaNjInYa...

Seruan

Perjuangan

Perjuangan

Labels

The Best Classic Scooter Online Forum

Mods

Mods

Jom Sembang


ShoutMix chat widget

Nasihat Untuk Diriku & Dirimu

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA.

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT .

Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.

Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.

Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.


Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hamamerosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU

Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

KEDUAPULUH DUA

Lebih baik naik vespa (^_^)

April

  • sangat aktif dan dinamik

  • cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal

  • sangat menarik dan pandai manjakan diri

  • punya daya mental yang sangat kuat

  • suka dapat perhatian

  • sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah

  • sangat berani dan tiada perasaan takut

  • suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah

  • emosi cepat terusik jika tidak terkawal

  • berkecenderungan bersifat dendam

  • agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan

  • kuat daya ingatan

  • gerak hati yang sangat kuat

  • pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain

  • berpenyakit di sekitar kepala dan dada

  • sangat cemburu dan terlalu cemburu